Friday, October 30, 2009

Yang miskin terus miskin


Pemilik kereta lebih 15 tahun anggap pemeriksaan tahunan Puspakom beban

KUALALUMPUR: Kalangan pemilik kereta berusia tidak bersetuju denganperaturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharuicukai jalan.

Mereka berpendapat ia membebankan golongan berpendapatanrendah yang tidak mampu membeli kenderaan lain atau membaik pulihnyajika kenderaan yang dibawa gagal melepasi tahap kelulusan Puspakom.


Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuatpemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusatpemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januaritahun depan.

Penghantar surat, Budiman Taib, 33, berkata prosedur itumerumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan,semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala.

"Saya mempunyai kenderaan berusia dan ini membebankan keranapemilik perlu menghantar kenderaan ke Puspakom dan menunggu lama untukproses yang leceh itu," katanya yang memiliki Proton Wira berusiahampir 15 tahun.
Beliau juga berkata, selain itu, kos juga bertambah kerana Puspakom akan mengenakan caj untuk pemeriksaan.

Jurutera, Wan Khairuzaman Wan Nordin, 44, juga tidak setujukerana ia akan membebankan golongan miskin yang memiliki kenderaanberusia lebih 15 tahun.

"Pemilik kenderaan seumpama ini kebanyakannya golonganberpendapatan rendah. Ia akan membebankan mereka apatah lagimembabitkan kos.

"Ia akan merumitkan prosedur permohonan cukai jalan keranapemilik terpaksa menunggu untuk memastikan kenderaan melepasipemeriksaan," katanya yang memiliki sebuah kereta Honda lama yanghampir berusia 15 tahun.
Eksekutif syarikat swasta, Mastura Mohd Sidek, 42, berkata peraturanitu akan menyukarkan golongan berpendapatan rendah terutama yangmemiliki satu kenderaan.

"Kenderaan lama mesti ada masalah yang menyebabkan permohonancukai jalan tertangguh dan seterusnya menyukarkan urusan seharian,"katanya.

Wakil jualan, Raduan Basarudin, 46, berkata kerajaan perlumemastikan Puspakom meningkatkan kecekapan bagi mengelakkan peraturanbaru itu menyusahkan orang ramai.

"Peraturan ini memang bagus bagi menjamin keselamatan, namunPuspakom perlu menaik taraf mutu perkhidmatan serta kecekapan supayatidak menyusahkan pemilik yang terpaksa menunggu lama ketika keretamenjalani pemeriksaan," katanya.

Akhbar semalam melaporkan peraturan yang dianggarmembabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah barudalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkandaya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebihselamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.

Sementara itu, pelajar, Mohd Khairul Zakaria, 22, bersetuju kerana ia adalah untuk keselamatan pengguna jalan raya.

"Peraturan ini wajar kerana faktor keselamatan harusdiutamakan. Kenderaan terlalu uzur bukan saja membahayakan pemandu,malah pengguna jalan raya lain," katanya.


rata-rata peniaga pasar malam menggunakan van berusia 15 thn..rata-rata penduduk luar bandar pon menggunakan kereta 15 tahun ke atas..

dek kerana menjaga golongan kapitalis, rakyat biasa jadi mangsa..

*untuk khairul zakaria, 22..kereta baru atau lama yg banyak terlibat dalam kemalangan jalan raya????????tahniah kepada sistem yang berjaya membonzaikan pelajar ini dengan aspek konsumerisme dan pentingkan diri..tahniah


2 comments:

  1. xde gamba khairul zakaria ke??
    agaknye bapak die menteri kot..
    baru senang kne interview..
    bapak die bukan peniaga keropok kat paya jaras agak nye..
    sedap tekak je ckp mcm tu

    ReplyDelete
  2. tak cool pki keta lama katanya..bahaya..

    kereta nak yang baru..
    baju nak yg jenama..
    baru cool katanya..

    terus meneruslah jadi hamba duit..kerja penat2 bayar hutang

    ReplyDelete