Saturday, June 27, 2009

Rais tak mahu kalah!

Selesema babi, influenza A diguna serentak

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mencadangkan supaya nama wabak selesema babi digunakan serentak dengan influenza A (H1N1) dalam setiap siaran berita bagi memudahkan masyarakat awam memahaminya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan, penggunaan dua nama yang disekalikan itu adalah paling tepat demi pemahaman yang lebih berkesan terutama kepada penduduk kawasan pedalaman.

Selain itu, kata beliau, agensi-agensi berita terkemuka dunia seperti BBC dan ABC serta enjin pencarian di Internet seperti Google turut menggunakan swine flu atau selesema babi yang jelas lebih ringkas dan tepat.

"Oleh itu, kementerian rasakan bahawa kami menggunakan jurusan yang mudah difaham orang, kalau hendak sebut dalam kurungan atau nak dulukan H1N1, kemudian dilangsungkan dengan selesema babi itu paling baik," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran logo serta lagu 1Malaysia dan program senam seni Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Rais meminta supaya semua pengamal media tempatan kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah H1N1.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican semalam bertegas kementerian itu akan tetap dengan istilah H1N1 selari dengan arahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 29 April lalu.

Mengulas lanjut, Rais memberitahu, selesema babi sepatutnya ditakrifkan sama seperti selesema burung yang pernah melanda dunia sebelum ini.

"Kalau kementerian (kesihatan) nak teruskan H1N1, itu tidak menjadi masalah, tetapi kementerian ini yang bertanggungjawab dari segi falsafah menerangkan sesuatu, kita harus menggunakan terus kedua-dua terma tanpa apa-apa alasan lain," tegasnya.


Thailand 1054 kes
Singapura 300 kes
Filipina 900 kes..

Yang Rais sibuk-sibukkan adalah pasal istilah..Macam la dengan pakai istilah H1n1 ka...Babi ka..H1n1/Babi ka..boleh kawal kes selsema..

Panggilan Telefon...














"Tuuuttttt....tuuttt...tuuuutt...tuutttt...
belum dijawab..Obama sabar menunggu panggilannya dijawab..

'Tuuutt...tuuuutt......click...."Hello?

"Hello Mr. Najib..Apa Khabar?

"Baik...owh..kenapa telefon nie..??"

"Dengar cerita Malaysia nak bangunkan reaktor nuklear.."

"err...memang..tapi buat masa ni, dalam proses proposal Powerpoint..saja nak bagi nampak macam aku buat kerja sikit..."

"Macam ni najib..semalam PM singapore call..risau...pasal takut Malaysia bangunkan reaktor nuklear.."

"takper..nanti musim durian aku ajak PM lee makan durian..aku jamu durian Pahang.."

" satu lagi aku musykil..malaysia negara khatulistiwa, air pon banyak..gas asli pon banyak...Kenapa nak bangunkan nuklear'??


"errr......."


Friday, June 26, 2009

Di Malaysia ni tak pelik kalau..


1. untuk satu urusan..kena 2,3 tempat..boleh jadi 2-3 kali...
2.hanya dapat separuh dari kelajuan plan Broadband anda..
3. Akhbar terlaris dengan tajuk..Pesta seks gadis IPT, Kempunan pengat pisang sebelum kemalangan,
tangkal pelaris..
4. banyak cerita Indon
5. Buat istilah tapi tak tau buah butir..
cth. -kontrak sosial
- islam hadari
- 1malaysia
- Unity Govt.
6. Meniaga Pasar malam pon kena daftar Perniagaan (SSM)
7.Pengeluar Petrol..tapi jual petrol mahal..
8.harga kereta mahal
9. satu motor naik sampai 4 orang
10 Khabar angin 80% akan jadi nyata..

Thursday, June 25, 2009

Babi?? H1N1??

Rais (Toyol)

Rais, tukar H1n! kepada Babi
Bengong, kenapa flip flop lagi???
Rais, kenapa tukar membuta tuli..
Bengong, bukan boleh semboh wow.. wow.. wow.. wow

Dulu sekejap babi,kemudian HIN1
Dlm TV,surat khabar,merata-rata
Alih2 guna selsema babi pula
tuka nama macam tuka lampin saja....

Apa yang kau tahu, asal usul virus tu
kalau sudah tahu, jangan jadi dungu
Wahai rais, fikir dulu

Bodek najib konon bijak jadi menteri
Istilah, ditukar..sesuka hati
sekejap nama melayu, sekejap Mat saleh
terpusing tergeliat, makcik menyebut..

Apa yang kau tahu, asal usul virus tu
kalau sudah tahu, jangan jadi dungu
Wahai rais, fikir dulu

Wednesday, June 17, 2009

Undang-undang pelik di seluruh dunia

UNDANG-UNDANG PELIK SELURUH DUNIA Undang-undang Seluruh Dunia Undang-undang Seluruh Dunia THAILAND : * Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS : * Dilarang berkebun di hari minggu. SWEDIA : * Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
KOREA SELATAN : * polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan. SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu . * Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
MEXICO : * Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat âmemprovokasi rakan kerja selama jam kerja. * Dilarang memaki di tempat umum. AUSTRALIA : * Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama. * Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.
YUNANI : * Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain. KANADA : * Dilarang menempel plester luka di tempat umum. * Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok. PERANCIS : * Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
ISRAEL : * Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
AMERIKA :- - ARIZONA : * Dilarang memandu tanpa kasut. * Dilarang bermain domino di hari Minggu. * Dilarang memakai kumis palsu di gereja. * Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api. * Dilarang memandu dengan mata tertutup.
- ALASKA : * Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur. * Dilarang memberi minum bir pada rusa. * Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
- ARKANSAS : * suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan. * Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub. * wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara. * Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
- CALIFORNIA : * Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
- COLORADO : * Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.
- CONNECTICUT * Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.
- FLORIDA : * Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang. * Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 . * Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.
- WASHINGTON : * Dilarang menyusui anak di tempat awam.
MALAYSIA * Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

China dah start ban blogger.com...

China’s Ban on Blogger Blogs (and Possible Workarounds)

Written by Amanda Fazani from Blogger Buster on May 25, 2009

There has been much speculation about China’s recently imposed “blanket ban” of all Blogger powered blogs. Some believe this is intended to quell references to the 20th anniversary of the Tiananmen Square incident, while others wonder if this is a technical difficulty as hinted on Blogger’s Known Issues page.

In either case, this ban affects blogs hosted on the *blogspot.com subdomain (approximately 275 million) and also those who use a custom domain for their Blogger blogs (statistics of which are very difficult to gather).




Abe najib baru balik China...mau die rembat idea china ni guna pakai di mesia....


~ Redtube masih selamat...kahkahakah

Tuesday, June 16, 2009

Ader Internet tapi tak boleh guna???

















Penjawat awam dilarang guna modem untuk capaian terus Internet

16/06/2009 6:37pm

KUALA LUMPUR 16 Jun — Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya. Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara online seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan ’chatting’ melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.

Najib berkata kerajaan juga telah menyekat beberapa laman web dan blog yang berunsur lucah serta berunsur hasutan manakala beberapa laman web dan blog yang sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari.

Beliau berkata sehingga kini sembilan orang telah dikenakan tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan satu oleh PDRM.




Tapi ramai jer guna internet untuk berforum, update myspace, facebook..kecoh la Govt..

~ time Mengundi mengigil2 rayu undi kakitangan kerajaan..prfffttttttttttttttttttttt


Sunday, June 14, 2009

Ini yang kita nak tahu 2


























Macam mana kad-kad pengenalan ni boleh ada dekat pejabat umno..kemudian dibuang pulak tu...?

Ha...Ini yang kita nak tau..









Saturday, June 13, 2009

Babi negara

BABI...kau perosak bangsa...
Kau pembunuh....Kau perogol harta rakyat..
Kau menggondol kekayaan dgn rakus...

BABI...kau tidak sadar..kau haram..
dan BABI di Perak, lagilah HARAM.....
Babi....lu kuat enjoy....70 Bag ko soping..
Babi...bibirmu merah...kadangkala berbuih..
slow2 BABI bila bercakap...tempias amat kuat.

BABI...janganlah engkau palitkan KeHARAMAN mu
kepada insan lain..Kerana kau akan jadi BABI selamanya...
Kerana kau lah BABI...BABI NEGARA...

Khalid salim.



Yang ini kita nak tahu 1


Macam mana yang dikatakan anak pungut tapi "Bin" sama -sama nama MANSOR??

Ini yang kita nak tahu



Comel & Aki 1

" Zaman aki dulu..amcam mana ekk?? takder henfon..camner nak berhubung ekk?" tanya Comel

"Ermmh..masa itu susah..kalau urusan tak penting..boleh la pakai surat..kalau penting..pakai telegram..ermmhh..kamu tau aper tu telegram?

...tapi Comel..ader kebaikan jugak zaman tu takder henpon..zaman dulu mana ada budak muda tersengeh-sengeh baca SMS tengah-tengah malam"

Kebergantungan

"ayah..ayah..ayah tau tak apa binatang yg semuanya dikepala..kakinya dikepala..tangan dikepala..kaki dikepala..Ayah tau tak??" tanya si anak...

"...sekejap..papa cuba wiki..." jawab papa..

Apa yang lawak dengan Nabil?

tak lawak pon aku tengok..bibir aku yg murah senyuman ni pon tak terdetik nak bergerak

Orang lain buat blog..dia pon nak blogging jugak...

8.45 malam
hujan
ptg td jerubu..
hari khamis lepas sepupu lelaki kahwin..tak sekufu..Penantin lelaki tak cerita pon dekat family perempuan yang dia anak orang susah..mak Pengantin lelaki jual tanah buat belanja kenduri..


..nyaris kena sembelit aku..makan daging kenduri 2 hari berturut-turut..