Friday, October 30, 2009

Yang miskin terus miskin


Pemilik kereta lebih 15 tahun anggap pemeriksaan tahunan Puspakom beban

KUALALUMPUR: Kalangan pemilik kereta berusia tidak bersetuju denganperaturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharuicukai jalan.

Mereka berpendapat ia membebankan golongan berpendapatanrendah yang tidak mampu membeli kenderaan lain atau membaik pulihnyajika kenderaan yang dibawa gagal melepasi tahap kelulusan Puspakom.


Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuatpemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusatpemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januaritahun depan.

Penghantar surat, Budiman Taib, 33, berkata prosedur itumerumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan,semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala.

"Saya mempunyai kenderaan berusia dan ini membebankan keranapemilik perlu menghantar kenderaan ke Puspakom dan menunggu lama untukproses yang leceh itu," katanya yang memiliki Proton Wira berusiahampir 15 tahun.
Beliau juga berkata, selain itu, kos juga bertambah kerana Puspakom akan mengenakan caj untuk pemeriksaan.

Jurutera, Wan Khairuzaman Wan Nordin, 44, juga tidak setujukerana ia akan membebankan golongan miskin yang memiliki kenderaanberusia lebih 15 tahun.

"Pemilik kenderaan seumpama ini kebanyakannya golonganberpendapatan rendah. Ia akan membebankan mereka apatah lagimembabitkan kos.

"Ia akan merumitkan prosedur permohonan cukai jalan keranapemilik terpaksa menunggu untuk memastikan kenderaan melepasipemeriksaan," katanya yang memiliki sebuah kereta Honda lama yanghampir berusia 15 tahun.
Eksekutif syarikat swasta, Mastura Mohd Sidek, 42, berkata peraturanitu akan menyukarkan golongan berpendapatan rendah terutama yangmemiliki satu kenderaan.

"Kenderaan lama mesti ada masalah yang menyebabkan permohonancukai jalan tertangguh dan seterusnya menyukarkan urusan seharian,"katanya.

Wakil jualan, Raduan Basarudin, 46, berkata kerajaan perlumemastikan Puspakom meningkatkan kecekapan bagi mengelakkan peraturanbaru itu menyusahkan orang ramai.

"Peraturan ini memang bagus bagi menjamin keselamatan, namunPuspakom perlu menaik taraf mutu perkhidmatan serta kecekapan supayatidak menyusahkan pemilik yang terpaksa menunggu lama ketika keretamenjalani pemeriksaan," katanya.

Akhbar semalam melaporkan peraturan yang dianggarmembabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah barudalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkandaya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebihselamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.

Sementara itu, pelajar, Mohd Khairul Zakaria, 22, bersetuju kerana ia adalah untuk keselamatan pengguna jalan raya.

"Peraturan ini wajar kerana faktor keselamatan harusdiutamakan. Kenderaan terlalu uzur bukan saja membahayakan pemandu,malah pengguna jalan raya lain," katanya.


rata-rata peniaga pasar malam menggunakan van berusia 15 thn..rata-rata penduduk luar bandar pon menggunakan kereta 15 tahun ke atas..

dek kerana menjaga golongan kapitalis, rakyat biasa jadi mangsa..

*untuk khairul zakaria, 22..kereta baru atau lama yg banyak terlibat dalam kemalangan jalan raya????????tahniah kepada sistem yang berjaya membonzaikan pelajar ini dengan aspek konsumerisme dan pentingkan diri..tahniah


Tuesday, October 6, 2009

kalau tidak boleh menjadi PENULIS yang Baik, jadi lah pendengar yang bijak dan pemikir yang hebat!

* ini adalah kesinambungan dari posting TT, nami..


idea adalah subjektif, adakala yang dikatakan IDEA itu adalah cebisan2 idea2 org lain yg otak kita rakam dan setelah penambahan 2-3 perkataan menjadi idea kita ..

masalah kebanyakan org adalah ketidak upayaan untuk menyambung idea2 ini dalam satu ayat yang panjang..

Frekunsi

idea boleh bercambah bila dicabar..sebagai contoh, jika bloger berpakat melawat blog si berbaris, idea tercetus pabila membaca idea si berbaris yang kadangkala provokatif..

ini tidak berlaku apabila si revolusi membaca blog seorg lagi revolusi..kerana kedua-dua batang tubuh ini mempunyai gelombang pemikiran yang sama..

penapis


keindahan dunia blog ini adalah, kita dapat membaca isu dalam pelbagai bentuk perspektif, masok blog agama dapat jawapan konservetif, masok blog liberal dapat jawapan liberal, masok blog budak2 law dapat perspektif undang2..dan diakhir sekali tugas kita sebagai pembaca adalah menapis segala info dan menggunakan minda untuk berfikir..